Khamis, 4 Ogos 2011

Maafkan agar dimaafkan

Assalammualaikum . hari nie nak sembang pasal “maaf , memaafkan” . aku just nak share apa yang aku baca kat buku NOTA HATI SEORANG LELAKI masa kat sekolah tadi . yelaa , bulan puasa bukan nya padat sangat pun jadual belajar macam bulan2 sebelum nie . kan kan ?  actually, buku nie untuk para lelaki , tapi aku rasa takda salahnya kalau aku try baca buku2 macam ni. Sama je , sebab yang aku dapat “ilmu” jugak . kan kan ?

Okeyh , back to the topic 
Memberi maaf kekadang lebih sukar berbanding meminta maaf. Yup, aku pun rasa macam tuu . apa yang penah dibaca dalam Al Quran, hadis , dan buku buku sukar benar untuk dipraktikkan. Benar, membaca sahaja tidak menjadikan kita insan yang lebih baik, sekiranya ilmu tidak dipraktikkan . apabila kita cuba mempraktikkannya, barulah terasa pedihnya . kan kan ? ? ego terhenyak, rasa marah tertekan.  Mampukah diri memaafkan ketika diri berkuasa membalas ? forgive and forget . wah jauh sekali nak lupakan ? nak memaafkan pun sukar !!

“ orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa “diikat” oleh orang yang tidak memaafkannya. maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesediahan , kekecewaan , dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu.  Jika kau sakit , maafkan juga, nescaya kau akan sihat dan terus bebas .”
korang faham tak  apa yang aku cuba sampaikan nih ? ==’ . memang ayat nie cam merepek, tapi cuba korang fahamkan betul2.

Banyak yang aku belajar dari buku ni . mula2 aku tengok buku ni macam “membosankan” jee. Tapi bila lama2 aku baca , and aku fahamkan apa yang penulis cuba sampaikan , barulah aku sedar yang selama nie aku EGO GILA !  

contoh =
*aku maafkan orang yang buat aku benci untuk melukis *
. actually , sejak primary school lagi aku memang suka melukis . kalau ada contest kat sekolah tuu , aku la “muka mintak” yang akan masuk . HAHA . aku masuk bukan sebab nak menang , tapi just suka suki jee . lukisan terakhir yang aku lukis  ? urm, masa darjah 6 . yup “poster” yang cikgu tayang kat koridor sekolah . dekat ngan bilik seni . tuu , tak tau la still ade ataupun dah ghaib . maybe poster aku dah berhabuk or dah berganti dengan budak lain .. yela, dah 4 tahun aku tinggalkan sekolah tuu . lukisan yang pertama yang aku lukis ngn sepenuh hati.  Cikgu “hashimah hashim “ suruh aku buat lagi sekali . tapi mana boleh . lukisan tu takkan sama . Aku takkan boleh lukis benda yang sama berulang kali , sebab “ lukisan  pertama aku lukis dengan sepenuh hati , tapi yang kedua dilukis atas dasar keterpaksaan.  “ yang kedua takkan seindah yang pertama “ (betul ke ayat aku nie ==’) HAHA . buat2 paham ajelah . lagipun ni blog aku , suka hati akulah nak tulis apa pun :P

Bukan nie yang aku nak cerita lah , org yang buat aku benci untuk melukis tuu bukan cikgu aku . tapi “someone” . actually benda nie terjadi masa form 1 . HA HA HA , aku ingat time tuu , DIA buat aku benci utk melukis . dia haling aku utk melukis lagi . dia tak suka aku simpan cita2 nak jadi pelukis or arkitek . lama kelamaan , aku pun secara automatiknya jarang melukis , dan sekaligus tak berminat lagi nak melukis . cita2 aku bukan lagi arkitek or pelukis . HAHA , sudah bertukar + dokter veterina J sebab tuu aku ambil sains pertanian and biologi . tapi aku tak sehebat mana , markah aku pun tak setinggi mana 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan